Sunday, August 30, 2015

JIRIM

  JIRIM

Perubahan keadaan jirim
  1. Semua bahan terdiri daripada jisim. Jisim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  2. Semua jirim wujud dalam tiga keadaan sahaja,samada bentuk pepejal,cecair dan gas.


Pepejal
Cecair
Gas
Susunan zarah
zarah tersusun rapat,padat dan teratur
zarah tidak tersusun dengan seragam
zarah tidak tersusun
Kedudukan zarah
kedudukan zarah adalah tetap
zarah tidak mempunyai kedudukan yang tetap
tidak mempunyai keduduaj yang tetap
Pergerakan zarah
zarah tidak bergerak bebas
zarah bergerak dengan bebas
jarak zarah   antara satu sama lain agak jauh dan bergerak dengan bebas
Daya tarikan
daya tarikan antara zarah adalah kuat
daya tarikan antara zarah kurang kuat
daya tarikan adalah lemah



 DIRUJUK DARIPADA: Nota Sains Tingkatan 4 Bahan dan Jirim

  

ZARAH-ZARAH

ZARAH-ZARAH

Zarah asas yang membentuk jirim adalah atom, molekul atau ion.

Zarah dalam beberapa unsur (element) terdiri daripada atom. Sebagai contoh, logam seperti emas, tembaga, besi, zink, kesemuanya terdiri daripada atom.


Atom 

  • Zarah neutral yang terdiri daripada elektron yang bergerak mengelilingi nukleus yang terbina daripada proton dan neutron.
  • Zarah yang paling ringkas dan tidak stabil kecuali atom gas adi.
  • Contoh: satu atom magnesium, satu atom karbon dan lain-lain.


Sebatian (compounds) mengandungi lebih daripada satu unsur. Unsur-unsur dalam suatu sebatian itu tidak hanya bercampur-campur antara satu sama lain, ianya juga beserta dengan daya yang kuat yang dipanggil ikatan kimia (chemical bond). Zarah dalam sebatian boleh terdiri daripada molekul atau ion.

Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom-atom yang dipegang bersama (held together) oleh suatu ikatan kimia. Molekul juga adalah zarah yang tidak bercas.

Molekul boleh terdiri daripada atom dari unsur yang sama, contohnya molekul oksigen (O2), molekul nitrogen (N2), molekul hidrogen (H2) dan molekul sulfur.

Molekul boleh juga terdiri daripada atom dari dua atau lebih unsur yang tidak sama, contohnya molekul air (H2O) yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, dan karbon dioksida (CO2) yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen.
Molekul (dalam unsur bukan logam dan sebatian kovalen)
  • Zarah neutral yang merupakan gabungan dua atau lebih atom yang sama atau berlainan jenis.
  • Stabil.
  • Contoh: 
    i. Satu molekul air terdiri daripada satu atom oksigen dan 2 atom hidrogen, H2O
    ii. Satu molekul oksigen yang terdiri daripada 2 atom oksigen, O2.

Ion (dalam sebatian ion)
  • Zarah bercas yang terdiri daripada atom yang kehilangan elektron (ion positif) atau atom yang menerima elektron (ion negatif).
  • Stabil.
  • Contoh: 
    i. Ion natrium, Na+, terbentuk daripada atom natrium yang kehilangan elektron. 
    ii. Ion klorida, Cl-, terbentuk daripada atom klorida yang telah menerima elektron.

STRUTUR ATOM

Struktur Atom




  1. Struktur sesuatu atom terdiri daripada satu nukleus kecil dipusatnya yang dikelilingi oleh elektron-elektron yang bergerak dalam petala-petala tertentu.
  2. Nukleus mengandungi dua jenis zarah asas, iaitu proton dan neutron. 
  3. Nukleus atom sangatlah kecil. Sebahagian besar jisim atom tertumpu dalam nukleus ini. 
  4. Nukleus sentiasa bercas positif. 
  5. Atom sebarang unsur adalah neutral kerana bilangan proton sama dengan bilangan elektron di dalam atom itu. Jadi, jumlah cas positif daripada proton dalam nukleus sama dengan jumlah cas negatif daripada elektron di sekeliling nukleus. 
    Misalan:
    1. atom nitrogen mempunyai 7 proton dan 7 elektron. 
    2. Atom sulfur mempunyai 16 proton dan 16 elektron. 
  6. Atom daripada unsur yang sama semestinya mempunyai bilangan proton yang sama, manakala atom daripada unsur yang berbeza semestinya mempunyai bilangan proton yang berbeza. Oleh itu bilangan proton dalam suatu atom menentukan jenis unsur itu.  Misalnya: 
    1. atom yang mempunyai 6 proton mestilah karbon. 
      Struktur atom bagi karbon
    2. Atom yang mempunyai 11 proton mestilah natrium. 

Dirujuk daripada: Zarah-Zarah Subatom